PELIK Ramai Berebut² Nak Masuk Dlm Penjara Ini. Slps Disiasat Rupa²nya Penjara Ini Menyediakan…..

| November 26, 2017 | 0 Comments

PELIK Ramai Berebut² Nak Masuk Dlm Penjara Ini. Slps Disiasat Rupa²nya Penjara Ini Menyediakan….. | MALAYSIA TULAR – Ramai penjenayah yang ditangkap dan didapati bersalah akan dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman. Berada di dalam persekitaran penjara bukanlah suatu keadaan yang selesa dan menyenangkan.

 

 

Sebagai sebahagian daripada hukuman, banduan akan kehilangan kebebasan dan ada yang memilih untuk mati dari ditahan di dalam penjara.

Ramai yang akan menarik muka panjang dan jelek apabila mendengar perkataan penjara. Jika penjenayah boleh mengelak hukuman selain dari dipenjarakan, mereka akan memilih untuk berbuat demikian, demi mengelak dari memasuki penjara.

 

 

Kebanyakan penjara di dunia akan dikaitkan dengan persekitaran yang membosankan jiwa seseorang dan banduan akan sentiasa merungut dan menjadi marah dengan semua perkara kerana berasa tidak gembira.

Tetapi keadaan amat berlainan sama sekali dengan sebuah penjara bernama Penjara Makkale di Ethiopia, Afrika.

Walaupun terdapat pengawal penjara yang mengawal banduan di dalam penjara, banduan-banduan di dalam penjara ini tidak akan mencuba untuk melepaskan diri dari penjara ini sama sekali walaupun diberikan peluang.

Kesemua banduan ini ingin tinggal selama-lamanya di dalam penjara. Walau seorang yang tidak pernah melakukan jenayah sekali pun akan teringin memasuki penjara ini lalu mereka dengan sengaja akan melakukan jenayah demi memasuki penjara ini.

 

 

Apa yang membuatkan kesemua banduan ini lebih suka tinggal di penjara?

Jawapannya kerana Penjara Makkale menggunakan model pendekatan pengurusan ‘keusahawanan’ di penjara dan ini telah menggalakkan golongan miskin untuk melakukan jenayah dengan sengaja supaya mereka boleh ditahan di penjara tersebut dan menjalani hukuman di samping mendapat latihan keusahawanan pada masa yang sama.

Kepada banduan yang telah selesai menjalani hukuman, mereka sangat berharap untuk terus tinggal di dalam penjara daripada dikeluarkan oleh penjara tersebut.

Gambaran terhadap penjara ini amat berlainan sama sekali dengan penjara lain yang biasanya digambarkan sebagai gelap dan hitam dan ia nampak menakutkan. Penjara Makkale lebih merupakan seperti satu komuniti kecil yang unik dan tersendiri.

 

 

Penjara Makkale mempunyai gelanggang bola keranjang, tapak pertanian, gerai buah-buahan, salon kecantikan, kedai menjual barangan keperluan dan lain-lain kemudahan tetapi dikelilingi oleh empat tembok yang tinggi.

Para banduan boleh pergi membaca buku di perpustakaan, pergi minum di bar dan juga boleh berjumpa doktor semasa mereka sakit.

Secara keseluruhannya, kebajikan di penjara ini adalah lebih baik dari kehidupan seorang yang bebas dan berada di luar tirai besi ini.

Peluang pekerjaan disediakan di dalam penjara ini untuk menggalakkan para banduan yang mahu melarikan diri dari penjara atau mendatangkan masalah di dalam komuniti untuk tidak melakukan kesalahan tersebut.

Pekerjaan seperti pertanian, kerja buruh kasar, menjahit, mendandan rambut, membuat roti dan kuih serta lain-lain peluang pekerjaan disediakan dan wang yang dijana akan diagihkan kepada para banduan yang bekerja di dalam penjara ini.

 

 

Para banduan ini dibenarkan untuk menghantar wang yang mereka perolehi kepada ahli keluarga masing-masing.

Terdapat banduan yang dihantar ke penjara dengan dibebani hutang yang banyak dan apabila hukuman yang dijalani telah selesai, mereka telah menjadi seorang jutawan.

Banduan di dalam Penjara Makkale ini telah dilatih dengan ilmu perniagaan dan pada waktu yang sama diberikan peluang untuk belajar mengendalikan perniagaan sendiri.

Bukan sahaja mereka menjadi majikan di dalam penjara, tetapi selepas keluar dari penjara, mereka akan berpeluang untuk meneruskan perniagaan yang telah diusahakan di dunia luar.

 

 

Oleh kerana dengan pendekatan yang dibuat oleh penjara ini mampu menukar penjenayah menjadi ahli perniagaan yang berjaya, ramai orang awam yang miskin dan bermasalah akan mencari jalan melakukan jenayah dengan harapan dapat memasuki Penjara Makkale ini.

Walaupun mereka akan kehilangan kebebasan, tetapi perkara utama yang mereka inginkan ialah dapat mempelajari ilmu perniagaan dan kemahiran berniaga sambil bekerja serta menjana pendapatan.

Mereka juga akan dapat membantu keluarga dengan wang yang diperolehi. Kehidupan di dalam penjara lebih memberi keselesaan dari kehidupan realiti di luar tirai besi sebagai orang biasa.

Terdapat banduan yang telah selesai menjalani hukuman, yang akan merayu untuk terus tinggal di penjara dan tidak mahu dibebaskan, apabila mendapati kehidupan sebagai seorang banduan adalah lebih baik dan gembira daripada kehidupan sebagai orang awam yang bebas.

Mereka telah menjadikan penjara ini sebagai rumah kedua mereka. Banduan ini menyedari yang mereka perlu mempelajari beberapa kemahiran semasa berada di dalam penjara dan sekiranya mereka melakukan kesalahan jenayah lagi, peluang untuk kembali ke penjara ini adalah amat tipis.

 

 

Jenayah berulang yang dilakukan oleh bekas banduan telah menurun dengan mendadak, akan tetapi oleh kerana ramai orang awam yang mahu memasuki penjara ini kerana ingin mendapat kehidupan yang lebih baik, kadar jenayah di Ethiopia, Afrika masih meningkat pada tahap tertinggi.

Bagi kebanyakan negara, adalah amat penting untuk mengasingkan penjenayah dari dunia luar dengan menempatkan mereka di dalam penjara.

Tetapi, bagi keadaan penjara yang baik dan selesa seperti Penjara Makkale, bolehkah ia dianggap sebagai penjara?

Kredit : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH KEHIDUPAN

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *