Pemuda Ini Berbual² Dgn “SESEORANG” Ketika Sedang NAZAK. Apa Yg Berlaku Slps Ibunya Datang MENGHARUKAN !!!

| November 27, 2017 | 0 Comments

Pemuda Ini Berbual² Dgn “SESEORANG” Ketika Sedang NAZAK. Apa Yg Berlaku Slps Ibunya Datang MENGHARUKAN !!! | MALAYSIA TULAR – Syeikh Muhammad Hassan Hafidzahullah dalam sebuah khutbahnya, mengisahkan tentang cerita aneh yang dialami seorang pemuda pada saat akhir nafas nya menjelang jemputan sakaratul maut.

Kisah ini boleh menjadi teladan bagi pemuda zaman sekarang untuk mencintai, mengasihi dan berbakti kepada orang tua mereka, terutama kepada Ibu.

Mari kita hayati kisah di bawah ini.

KISAH SEORANG PEMUDA HEBAT

Rumah itu di selimuti kesedihan, seorang pemuda yang terkenal dengan sifat soleh dan sangat berbakti kepada ibunya tengah terbaring di atas tilam di tengah rumah.

Dia sedang dalam keadaan bertarung nyawa menanti kematiannya. Pemuda tersebut masih muda, belum lagi menjengah ke usia 30 tahun menjalani hidup di dunia.

Dalam suasana yang sedih dan tegang tersebut, tiba-tiba saja pemuda tersebut mengucapkan kata-kata yang sangat mengejutkan, amat menggemparkan sekali.

Keluarga dan jiran tetangga yang menziarahi dan berada di sekeliling pemuda tersebut bingung dan keliru dengan keadaan pemuda tersebut? Apa yang sedang dialami nya?

BUTIR BICARA MENJELANG SAKARATUL MAUT

“Tidak. Aku tak boleh. Aku tak boleh. Aku harus meminta izin dengan ibuku dahulu”, demikian kata-kata yang keluar dari bibir pemuda tersebut berulang-ulang.

Seluruh keluarga dan orang yang datang menziarahi nya berasa bingung menyaksikan kejadian tersebut, salah seorang diantaranya bergegas memanggil Ibu pemuda tersebut.

Ibu pemuda tersebut berada dalam bilik yang berbeza sambil berdoa karana tidak sampai hati melihat anak kesayangannya menghadapi sakaratul maut.

Anak emas yang sangat patuh dan mencintainya tersebut, sedang berhadapan dengan saat sakaratul yang semakin hampir.

“Lihatlah anak kamu, dia asyik mengucapkan kalimah-kalimah yang aneh !!“, teriak salah seorang saudara mereka sambil mengajak sang Ibu untuk menuju ke tempat perbaringan anaknya. Tidak berfikir lama, sang ibu terus menghampiri anaknya.

Ketika didekati, ternampak pemuda itu sudah mula mengeluarkan butiran keringat yang berkilau apabila terkena cahaya lampu ternampak seakan butir mutiara.

Butiran keringat di dahi tersebut, menurut Syeikh Muhammad Hassan adalah sebahagian daripada tanda-tanda Husnul Khotimah.

Ibu tadi segera mendekati anak kesayangannya lalu mendekatkan telinga ke mulut pemuda tadi dan mendengarkan kata-kata yang di ulang-ulang oleh buah anaknya.

“Tidak. Aku tidak boleh. Aku tidak boleh. Aku harus meminta izin dengan ibuku dahulu”, pemuda itu mengulang-ulang ayat tersebut.

Ibu pemuda itu pun terus memeluk dan membelai anaknya lalu berkata,

“Wahai anaku, ini aku, ibumu. Wahai anaku, aku ibumu, Nak. Aku ibumu, anakku. Dengan siapa kau bercakap ?”

Dan dalam waktu yang semakin getir itu, pemuda tadi bercerita dengan nafas yang tercungap-cungap,

“Ibu, ada seorang gadis sangat cantik jelita, Ibu. Belum pernah aku melihat gadis secantik itu. Dia datang kepada ku. Kelihatan seperti dia di hadapanku. Dia datang melamarku untuk dirinya, Ibu. Aku katakana TIDAK kepadanya. Aku tidak boleh menerima lamarannya sebelum aku meminta izin daripada ibuku”

Si ibu menangis teresak-esak kerana sangat terharu, mengenangkan kepada impian nya untuk melihat pemuda tadi bernikah membuatkan Si Ibu tidak dapat menahan kesedihan itu. Namun si ibu tiba-tiba tersedar dengan siapa anakya sedang berbicara.

“Ibu izinkan, anakku. Sesungguhnya, dia adalah hurriyatun (bidadari) dari syurga untukmu. Ibu sudah izinkan, Nak“, demikian kata sang ibu dalam juraian air mata yang mengalir laju.

Tidak lama kemudian, pemuda soleh yang patuh tersebut, meninggal dunia dengan tenang dalam pelukan ibunya.

Betapa tingginya darjat pemuda soleh yang berbakti kepada ibunya tersebut. Malahan sehingga hampir ajalnya, Bidadari (dari syurga) datang kepada beliau membawa khabar gembira, walaupun pemuda itu belum lagi meninggalkan dunia yang fana ini.


MANISNYA BALASAN ALLAH DI AKHIRAT

Syeikh Muhammad Hassan mengingatkan kepada kaum muslim untuk tidak terkejut dengan kisah ini. Tidak perlu hairan, kerana waktu yang singkat menjelang ajal seperti yang dialami pemuda tersebut adalah keadaan di mana seorang mukmin diperlihatkan tempat tinggalnya di syurga. Bahkan akan diperlihatkan kepadanya para Malaikat-Nya dengan mata kepalanya sendiri. Dia juga akan diberikan berita gembira (bisyarah).

Dan Maha Benar Allah Ta’ala yang berfirman :

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata Rabb kami adalah Allah, kemudian mereka beristiqomah dengannya, maka para Malaikat akan turun kepadanya lalu berkata : “Janganlah kalian takut”

Para ulama mempunyai tafsiran yang berbeza-beza terhadap ayat ini. Ada yang mentafsirkan, Malaikat mengatakan hal tersebut sesaat sebelum ajal seperti kisah pemuda yang berbakti diatas, namun ada pula yang berpendapat tatkala mereka keluar dari alam kubur.

“Janganlah kalian takut dan jangan pula bersedih. Berbahagialah kalian dengan syurga yang telah dijanjikan untuk kalian” [Qs.Fushilat : 30]

 

Sumber : 1001KisahTeladan.com

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: KISAH KEHIDUPAN

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *