VIRAL Video & Gambar Anak Kapal Selamatkan Lelaki Yg Hanyut. Ini Cerita SEBENAR Yg Ramai NAK TAHU !!!

| November 29, 2017 | 0 Comments

VIRAL Video & Gambar Anak Kapal Selamatkan Lelaki Yg Hanyut. Ini Cerita SEBENAR Yg Ramai NAK TAHU !!!MALAYSIA TULAR – CUBA lari daripada polis dengan terjun ke laut, seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia nyaris lemas apabila hanyut lebih sembilan jam di perairan Tanjung Penawar, Kota Tinggi, Johor, sebelum diselamatkan sebuah kapal dagang, 7.30 pagi semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili, Komander Mohammad Othman berkata, lelaki dikenali sebagai Hanafi itu ditemui terapung dan dalam keadaan lemah di kedudukan 2.4 batu nautika timur Tanjung Punggai oleh kapal dagang, FPSO Perisai Kamelia yang melalui kawasan berkenaan.

Menurutnya, kapten kapal memaklumkan kepada pihak berkuasa dan Pejabat Operasi Wilayah Selatan memaklumkan kepada Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili.

“Sebuah bot peronda dan sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dikejarkan ke kawasan berkenaan bagi membantu menyelamatkan mangsa.

“Kami dapati mangsa dalam keadaan lemah kerana hanyut hampir sembilan jam.

“Kita difahamkan, mangsa hanyut dari perairan Tanjung Penawar pada 10 malam kelmarin ketika disyaki cuba keluar dari perairan Malaysia menuju ke Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa dipercayai menunggu bot pancung di kawasan berhampiran dan nekad terjun ke laut selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Mangsa dibawa ke Jeti Marina untuk pemeriksaan di klinik berhampiran dan dibawa ke pejabat APMM Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut,” katanya.

Posted by Mohamad Effi on Monday, November 27, 2017

Posted by Mohamad Effi on Monday, November 27, 2017

Kredit : MyMetro

Gambar & Video : Mohamad Effi

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *