Gelandangan Ini Gunakan Duit Terakhirnya Bantu Orang Lain. Apa Yg Jd Slps Itu Buat Hidupnya BERUBAH !!!

| December 2, 2017 | 0 Comments

Gelandangan Ini Gunakan Duit Terakhirnya Bantu Orang Lain. Apa Yg Jd Slps Itu Buat Hidupnya BERUBAH !!! | MALAYSIA TULAR – “Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.” Ungkapan yang seringkali didengari ini bermaksud memberi itu lebih baik daripada menerima yang sering dikaitkan dengan sedekah.

 

 

Tidak kira kaya atau miskin, kita semua digalakkan bersedekah demi memudahkan kesusahan orang lain. Begitulah yang telah dilakukan oleh seorang gelandangan warga emas apabila dia memberikan wang terakhirnya bernilai RM83 kepada seorang wanita lain yang berada dalam kesusahan ketika itu.

Kate McClure, 27 tahun pada malam itu sedang memandu kereta menuju ke Philadelphia untuk menziarahi rakan tidak menyangka dia akan terkandas di tepi jalan di Interstate 95. Kejadian itu berlaku gara-gara keretanya kehabisan minyak.

Kate menyangka dia sempat sampai ke rumah walaupun isyarat minyak hampir habis telah bernyala

 

 

Menurut Kate, dia tidak pernah mengalami kejadian minyak kereta habis sebelum ini dan ketika berhadapan dengan saat yang mencemaskan itu, jantungnya berdegup pantas. Ketika itulah seorang gelandangan warga emas bernama Johnny mendekatinya.

 

 

Siapa sangka seorang gelandangan juga mempunyai hati yang baik untuk menolong orang lain yang berada dalam kesusahan biarpun dirinya sendiri turut susah. Kate berasa terharu kerana Johnny membantunya ketika dia terkandas di tepi jalan.

Kate berkata, Johnny memintanya masuk ke dalam kereta semula dan mengunci kereta kerana keadaan di luar tidak selamat

 

 

Beberapa minit selepas itu, Johnny datang dengan membawa sebotol minyak kereta. Rupa-rupanya, Johnny telah menggunakan wangnya yang terakhir untuk membeli minyak kereta tersebut dan demi memastikan Kate dapat pulang ke rumah dengan selamat. Kate benar-benar terharu dengan tindakan murni Johnny itu.

 

 

Menurut Kate, dia tidak dapat membayar semula kepada Johnny kerana dia tidak mempunyai duit tunai ketika itu. Selepas malam itu, Kate singgah untuk bertemu dengan Johnny di sekitar kawasan di mana keretanya terkandas dahulu dan membayar semula duit minyak kereta.

Selain itu, Kate juga telah memberikannya sehelai jaket, sarung tangan, topi dan stoking. Setiap kali dia bertemu Johnny, dia juga akan menghulurkan duit kepadanya.

Pada suatu hari apabila Kate membelikan beberapa keping bijirin untuk Johnny, dia memberi tindak balas dengan bertanya “Adakah awak hendak satu?” Terharu dengan tindakan itu, Kate memutuskan untuk membantu gelandangan warga emas itu dengan memulakan kempen mengumpul dana di GoFundMe.com. Menakjubkan, dalam masa yang singkat sahaja, wang yang terkumpul melebihi daripada sasaran utama RM41,000.

Halaman pengumpulan dana telah ditutup seketika sebagai menghormati permintaan Johnny ketika dana telah mencapai RM411,000. Hal ini kerana, Johnny tidak ingin kelihatan seperti dia memanfaatkan keadaan itu. Kate walau bagaimanapun, memulakannya semula kerana tujuannya adalah untuk membantu Johnny dan bukannya untuk kepentingan dirinya. Kate juga menambah bahawa Johnny lebih gembira dengan jumlah yang terkumpul itu dan dia merancang untuk mendermakan bakinya untuk tujuan yang baik.

Beberapa netizen lain turut mengagumi kisah Kate yang dibantu oleh gelandangan berhati mulia seperti Johnny

 

 

Dalam kenyataan di New York Post, Johnny ingin mendapatkan pekerjaan di sebuah gudang Amazon di Robbinsville, New Jersey dan seorang majikan dari syarikat teknologi itu telah dihubungi dan mengatakan bahawa dia mahu membantu Johnny mendapatkan pekerjaan di sana.

Menurut Kate, Johnny merupakan juruteknik peluru api di Marines dan pernah menjadi ahli bomba dan paramedik sebelum dilanda masa-masa sukar sehingga menyebabkan dia menjadi gelandangan

 

Seorang netizen bernama OJ Verg juga memberitahu Johnny merupakan seorang lelaki yang hebat. Dia adalah jurutera kecemasan yang cekap di hospital University of North Carolina.

 

 

Jelaslah apabila kita membantu orang yang berada dalam kesusahan, orang lain juga akan menghulurkan bantuan kepada kita apabila kita pula berada dalam keadaan susah. Semoga paparan kisah ini akan membuka hati orang lain di luar sana dan sama-samalah kita membantu mereka yang memerlukan bantuan.

 

Posted by Kate McClure on Thursday, November 16, 2017

Kredit : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH KEHIDUPAN

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *