‘RAKSASA’ Yang Dijumpai Oleh Wanita Ini MENGEJUTKAN !!!

| December 2, 2017 | 0 Comments

‘RAKSASA’ Yang Dijumpai Oleh Wanita Ini MENGEJUTKAN !!! |MALAYSIA TULAR – Seorang wanita menjumpai ‘raksasa tanpa bulu’ ketika dia sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan ia kelihatan menakutkan. Walau bagaimanapun, dia mengambil haiwan aneh itu dan membawanya berjumpa dengan doktor haiwan.

Doktor haiwan wanita itu melihatnya dan berkata dengan teruja: “Ini sangat jarang berlaku! Ia dipanggil ‘Aardvark’ Wow!”

Aardvark juga dipanggil ‘semut beruang’ atau ‘khinzir tanah’. Ia berkait rapat dengan gajah dan manatee. Ia boleh membesar dengan panjang di antara 1 hingga 2.2 meter termasuklah ekornya.

Aardvarks hidup dalam gua dan makanan utamanya adalah semut dan serangga. Ia seakan sama dengan anteater (pemakan semut) tetapi pada masa yang sama ia sangat berbeza kerana ia adalah haiwan malam.

Doktor haiwan mendiagnosis ardvark tersebut dan mendapati bahawa ia telah mengalami penyakit kulit. Malah haiwan itu dikatakan tidak dapat membuka matanya. Doktor haiwan itu dengan cepat menukar pakaiannya dan membawa haiwan itu ke dalam bilik pembedahan untuk merawatnya.

Setelah memberikan rawatan, dengan masih memakai sarung tangan pembedahannya, doktor haiwan itu dengan cepat mengambil botol susu kemudian memeluk haiwan itu seperti bayi dan memberikan susu itu kepadanya. Apabila khinzir tanah itu terbau susu, dengan cepat ia membuka mulutnya.

Doktor haiwan itu memberi minum susu kepada haiwan itu seperti seorang ibu yang menyusukan bayinya dengan cinta dan sayang

Sejak menemui haiwan itu di tepi jalan, wanita itu memutuskan untuk mengadopsi dan membawanya pulang ke rumah. Wanita itu memberikan ubat veterinar yang dibekalkan dan menjaga haiwan peliharaannya itu dengan penuh kasih sayang. Aardvark itu akhirnya sembuh dan menjadi lebih sihat.

Lihatlah, ia kelihatan seperti ia mahu keluar dan meneroka!

Apabila wanita tersebut membawa haiwan peliharaannya itu ke kedai haiwan, ia akan menjadi gembira apabila melihat haiwan lain dibawa masuk. Aardvark itu akan melingkar di tangan doktor haiwan seolah-olah memberitahu ia mahu turun dan bermain dengan haiwan peliharaan yang lain!

Inilah yang dipanggil aardvark. Ia sangat aneh! Tetapi setelah memerhatikannya beberapa kali, ia kelihatan seperti comel!

Kredit : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *