Tukar Sarung Bantal 5 Tahun Sekali. Apa Yg Jadi Pada Mata Wanita Ini MENGERIKAN !!!

| December 7, 2017 | 0 Comments

Tukar Sarung Bantal 5 Tahun Sekali. Apa Yg Jadi Pada Mata Wanita Ini MENGERIKAN !!! | MALAYSIA TULAR – Semua orang pernah merasai gatal dan iritasi pada mata, dan pastinya kita akan menggunakan cecair titisan seperti Eye Mo untuk melegakannya.

 

 

Walau bagaimanapun, ianya tidak berkesan buat wanita ini. Seorang wanita berasal dari Hubei, China telah mengalami kegatalan dan merah-merah pada matanya untuk tempoh 2 tahun!

Sungguhpun beliau telah mengalami masalah itu dalam jangka masa yang lama, tetapi beliau tidak pula merujuk pada doktor dan hanya menggunakan cecair titisan mata sahaja.

 

 

Tetapi…dua minggu yang lalu, beliau telah mengadu pada keluarganya bahawa matanya menjadi sangat kering dan bulu matanya pula melekat antara satu sama lain.

Perasan ada sesuatu yang tidak kena, Xu pergi ke hospital bersama keluarganya untuk menerima rawatan yang sewajarnya. Pada ketika itulah doktor mengetahui bahawa terdapat hama dalam kuantiti yang besar pada folikel bulu matanya.

 

 

Walaupun keadaannya tidak mengancam nyawa, namun ia merupakan satu isu. Jadi, doktor telah meneliti bulu matanya dan doktor tersebut amat terkejut.

Dalam sehelai bulu mata, terdapat lebih 10 ekor hama! Dianggarkan bahawa terdapat lebih daripada 100 ekor hama yang hidup di bulu mata Xu – untuk tempoh 2 tahun!

 

 

Xu didiagnosis dengan konjungtivitis dan blepharitis, iaitu keadaan di mana kelopak mata meradang akibat jangkitan bakteria yang disebabkan oleh pelepasan hama. Syukurlah, setelah menerima rawatan, keadaannya beransur pulih dan kini beliau telah sihat sepenuhnya.

Doktor berkata kes Xu mungkin disebabkan oleh kekurangan peredaran udara di dalam biliknya dan kurang perhatian terhadap kebersihan diri.

Malah dilaporkan bahawa kali terakhir beliau menukar sarung bantalnya adalah 4 ke 5 tahun yang lalu. Jadi, doktor mengesyaki bahawa hama itu mungkin telah ‘bermigrasi’ daripada bantal ke bulu matanya.

Oleh itu, berikut adalah beberapa saranan doktor mengenai cara-cara untuk mencegah penyebaran hama berkenaan.

Pastikan persekitaran anda bersih. Kerap menukar cadar tempat tidur dan sarung bantal, dan keringkannya di bawah matahari.

Segera cuci tangan anda setelah menyentuh anjing peliharaan atau kucing anda ya!

Kredit : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Kisah Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *