Pramugari

Banyak Berbakti Kepada Ibu Dan Sangat Pemurah.

2024-05-25

Banyak Berbakti Kepada Ibu Dan Sangat Pemurah. | MALAYSIA TULAR : Pemergian pramugari Malaysia Airlines (MAS), Norzana Hanim Hamzah, 49, di Jepun menjadi perhatian rakyat Malaysia. Meninggal dunia ketika sedang bertugas dan transit di Tokyo pada 20 Mei, lebih memilukan kru penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia itu tidak sempat pulang ke tanah air.

Pramugari

Suami Allahyarham, Rudy Tarmizi, 42, berkata, Norzana isteri dan anak yang baik serta memiliki sifat pemurah. Mengenang momen akhir, Rudy berkata wanita itu banyak berkongsi tentang kematian.

“Antara perbualan dan pesanan terakhir arwah adalah dia banyak berpesan mengenai kehidupan. “Katanya, dalam hidup kena banyak sabar, susah macam mana pun kena bekerja keras dan jimat cermat. Malah, dia juga sentiasa ingatkan mengenai kematian.

 

pramugari

“SEPERKARA LAGI, SEHINGGA HUJUNG NYAWANYA ISTERI BANYAK BERBAKTI KEPADA IBUNYA YANG TAK SIHAT. PENDEK KATA, DIA BANYAK BERKORBAN MASA UNTUK IBUNYA,” KATA RUDY.

Rudy berkata, sepanjang tempoh 15 tahun bergelar suami isteri Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang sangat membantu, memiliki sifat dermawan selain pekerja berdedikasi. Katanya, wanita itu sudah berkhidmat dengan MAS selama 28 tahun.Pramugari

SEORANG YANG BERDEDIKASI

“Allahyarham seorang yang sangat supportive. Beliau juga berdedikasi dan setia dalam sejak mula berkhidmat dari 1996 sehingga hari terakhirnya. Boleh dikatakan antara pekerja cemerlang.

“DALAM KELUARGA ARWAH SANGAT PEMURAH DAN TIDAK BERKIRA. APA ILMU YANG ADA BELIAU AKAN AJAR. MALAH ARWAH JUGA TIDAK LEKANG DENGAN SENYUMAN DAN CERIA. ARWAH JUGA SEORANG YANG SANGAT TELITI DAN TERATUR,” KATANYA.

Dalam pada itu, Rudy menzahirkan kesyukuran pengurusan jenazah isterinya berjalan dengan baik dan selamat disempurnakan. “Alhamdulillah, proses pengurusan di Narita sehingga tiba di sini semalam dipermudahkan ALLAH. Ramai yang mendoakan dan memberikan penghormatan terakhir buatnya,” katanya kepada portal berita tempatan.

Rudy turut berterima kasih kepada pihak Kedutaan Malaysia di Jepun, MAS dan semua pihak yang membantu menguruskan perjalanan akhir isterinya. Jenazah Norzana yang tiba di tanah air dibawa ke kediaman keluarganya di Batu 9, Hulu Langat dan disembahyangkan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka.

TERDAHULU DILAPORKAN

Syarikat penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines) mengesahkan seorang pramugarinya meninggal dunia ketika sedang transit di Tokyo, Jepun. Memetik laporan The Star, syarikat penerbangan tersebut memaklumkan anak kapal kabin itu dikenali sebagai Norzana Hanim Hamzah.

Ketika kejadian, Norzana dilapor sedang bertugas di Tokyo Narita dan dijadualkan mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. “Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberi sokongan kepada mereka dalam masa yang sukar ini.Pramugari

“Doa kami bersama keluarga dan rakan-rakan Norzana,” katanya pada Isnin.

Sebelum itu, laman Facebook yang didedikasikan untuk kru kabin di seluruh negara memaklumkan Norzana meninggal dunia sebelum tiba di Malaysia. “Dengan rasa sedih kami melaporkan kehilangan tragis seorang kru kabin Malaysia Airlines pagi ini.

“Anggota kru Norzana Hanim Hamzah sedang singgah di Tokyo dan meninggal dunia di hotel kru sebelum mengambil penerbangan pulang ke Malaysia, menurut sumber rangkaian kami.

“Punca kematian masih belum disahkan tetapi laporan yang belum disahkan daripada komuniti kru MH tidak menolak kemungkinan dia terjatuh ketika sedang bersiap sedia untuk penerbangan pulang (ke Malaysia),” katanya.

Laman media sosial itu dalam masa sama turut meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat keluarga dan sahabat anak kapal tersebut.

 

Jika anda nak tahu tempat percutian yang menarik boleh ke website kami : TEMPAT PERCUTIAN

Sumber : SH

Artikel Lain