Gelandangan Kesejukan. Lelaki Ini Bagi Baju Dipakai.

2024-07-08

Gelandangan Kesejukan. Lelaki Ini Bagi Baju Dipakai.| MALAYSIA TULAR : Video memaparkan seorang lelaki menanggalkan baju yang dipakai lalu diberikan kepada individu lain menjadi tular di media sosial. Menerusi rakaman yang dikongsikan Afhi Affandy, lelaki dikenali sebagai Haji Wan itu dilihat menyerahkan pakaian berkenaan kepada seorang gelandangan di tepi jalan.

lelaki

Dia dipercayai bertindak demikian kerana gelandangan tersebut dalam kesejukan memandangkan cuaca ketika itu sejuk selepas hujan. “Semoga Allah terima amal kebajikan Tuan Haji Wan Alamshah,” ujar Afhi menitipkan doa di ruangan kapsyen video yang dimuat naik di TikTok.

‘Adegan’ itu dipercayai berlaku di Jalan Satok, Kuching di Sarawak berdasarkan bahasa yang digunakan dan beberapa komen netizen pada video yang mengaku mengenali individu tersebut.

Dalam posting sama, pemuda itu turut mendedahkan sifat baik lelaki itu yang dikatakan suka menyantuni individu lain.

BERLUMBA-LUMBA BUAT ORANG TERSENYUM

Malah, sebelum ini Haji Wan pernah memberitahunya supaya sentiasa berlumba-lumba membuatkan orang lain tersenyum dengan berbuat baik kepada mereka.

“Hidup Haji Wan ni tak jauh daripada amal kebajikan. Masih ingat kata-katanya dengan saya dulu. Tak mampu kita kenyangkan orang, cukup buat orang yang kita bantu tersenyum.

“Allahu, moga menjadi asbab mengajak orang lain dalam fastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan). Alhamdulillah hidup kita masih ada seba sedikit kemampuan.

“Ada orang tak merasa tilam yang empuk, makan dengan tenang, rumah yang selesa dan pakai yang baik. Kita ja kurang bersyukur. Moga Allah kurniakan kita nikmat rasa syukur dengan hati yang tenang,” kata Afhi.

Jom melancong ke Vietnam. Mahal? Jangan risau, ambil pakej Vietnam yang menawarkan harga yang berbaloi dah puash hati.

Tak mampu kita kenyangkan orang, cukup buat orang yang kita bantu tersenyum.

Selain memberikan baju putih dipakai di bahagian dalam jubah, Haji Wan yang terkenal dengan sifat pemurah itu turut memberikan makanan yang dibeli di gerai berhampiran.

Tindakannya yang sempat dirakam pemuda itu ternyata menyentuh hati ramai yang mana video dikongsikan Afhi meraih lebih 3.8 juta jumlah tontonan.

Rata-ratanya begitu terharu dengan memuji sikap mulia ditonjolkan Haji Wan terhadap golongan gelandangan yang kini juga dikenali sebagai rakan jalanan.

Komen netizen pada video tular.

“Selagi orang tu pakai baju pakcik tu, mengalir pahala untuk pakcik. Allah…

“Allah hantar seseorang untuk pakcik ni dan dia dah buat yang selayaknya. Ujian lulus.

“Beberapa minggu lepas saya ada berjumpa di kedai kopi dengan Haji Wan Alamshah tu. Matanya sentiasa peka kalau ada orang susah. Dipanggilnya, bagi orang tu duit. Ada juga dibelanjanya makan,” komen beberapa netizen.

Artikel Lain