Najwa

Najwa Latif Dedah Pernah Dihina Guru Hingga Rasa Nak Berhenti Sekolah.

2024-03-05

Najwa Latif Dedah Pernah Dihina Guru Hingga Rasa Nak Berhenti Sekolah. | MALAYSIA TULAR : Penyanyi dan komposer, Najwa Latif adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Bermula daripada lagu – lagu ciptaan sendiri di YouTube. Beliau mencipta kejutan pada Separuh Akhir Muzik Muzik 26 apabila lagu beliau, Cinta Muka Buku layak ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-26.

Najwa

Mula bermain gitar pada tahun 2009 ketika berumur 14 tahun, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif kemudian mencipta lagu manakala kakaknya Syafiqa bertindak sebagai penulis lirik.

Siapa sangka, di sebalik kemasyhuran, Najwa menyimpan kisah duka. Menerusi laman sosial Instagram ngo_empati, penyanyi kelahiran Batu Pahat, Johor itu berkongsi momen duka sewaktu awal berjinak dengan dunia seni.

DIPERLEKEH OLEH GURU SENDIRI

Paling menyedihkan, insan yang memperlekehkan kebolehan dimiliki ialah gurunya sendiri.

“Lagu saya dan kakak saya lagu sampah. Pernah ada keluar ayat tu lagu sampah. Lagu empat chord, lagu basic.

“Apabila cikgu cakap saya tidak akan berjaya, of course kita akan rasa (sedih): “Kenapa cikgu cakap macam tu?”

“So apabila cikgu sudah cakap kita tidak akan berjaya, its hard for us to believe yang kita akan berjaya,” ujar Najwa dalam sebak.

Malah kata-kata guru berkenaan juga seperti trauma yang menjadikan momen Tingkatan Empat dan Lima menjadi hambar.

“Saya rasa dua tahun saya bersekolah waktu Form Four dan Form Five, it’s like the worst years of my life,” ujarnya.

HILANG MOTIVASI

Tidak hanya itu, perasaan Najwa yang mesra disapa Wawa remuk. Ketika meniti usia remaja beliau seolah kehilangan motivasi untuk meneruskan perjuangan di sekolah.

“Saya pernah beritahu ibu: Wawa nak berhenti sekolah mak, nak kerja di restoran makanan segera. Tak payahlah (bersekolah), kalau tidak menyanyi pun tak apa. Atau jadi penyanyi dan kerja di restoran makanan segera.

“WAWA TAK MAHU KE SEKOLAH, WAWA TAK SUKA KERANA SAYA RASA SO SAD TO SEE ORANG TAK PERCAYA KEBOLEHAN KITA.

“And lebih menyedihkan sebab kita percaya apa yang orang tu cakap,” kongsi Najwa.

TITIP KATA-KATA SEMANGAT

Menyelami perasaan penyanyi dan pelajar berusia 28 tahun itu, warga maya menitipkan kata-kata semangat dan simpati. Tidak kurang yang mengatakan lagu-lagu ciptaan Najwa tidak sampah seperti yang didakwa. Ujar mereka:

– “Betapa dekatnya guru dengan hati murid-murid. Semoga guru-guru di luar sana sentiasa memberi motivasi kepada pelajar walau apa jua bidang yang diceburi.”

– “Setuju, apabila kita direndahkan dan kita percaya apa yang orang kata. Kita tak mampu ke mana-mana, rasa sakit sangat.

– “No Najwa, lagu you tak sampah! I would love my kids to listen your songs too.”

– “Seorang guru yang boleh membunuh jiwa anak murid dengan hanya kata-kata.”

– “I owe my success to one teacher. She told me when I was young that iIam smart and can change my life for the better. So teacher, choose your words wisely, because you can either uplift your student spirit, or destroy it. And never underestimate a kid with hope.”

– “I choose not to believe what my teacher said. Seriously sama macam Najwa alami. Ia curse bahawa saya akan gagal SPM. Saya kata kepada diri dalam monolog, dia siapa boleh curse me like that dan saya berusaha dan berdoa. Alhamdulillah saya lulus dengan jayanya. Jangan pernah mengalah! Kekal kuat dan jalan terus buktikan kita tidak seperti ucapannya.”

Biarpun berhadapan dengan pelbagai tohmahan daripada orang sekeliling, beliau meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu memperolehi 4A daripada sembilan mata pelajaran yang diambil.

Najwa kemudian menggapai ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) daripada Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR).

Beliau kemudian melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) daripada Universiti Malaya dan sempat bertugas sebagai pensyarah.

Isteri kepada penyanyi, Akwa Arifin itu kini beliau sedang menyiapkan ijazah kedoktoran dalam bidang yang sama di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

 

Jika anda nak tahu tempat percutian yang menarik boleh ke website kami : TEMPAT PERCUTIAN

 

Sumber: ngo_empati

Artikel Lain