kahwin

Pasangan Minta Putus 7 Hari Sebelum Nikah. Allahu…

2024-02-29

Pasangan Minta Putus 7 Hari Sebelum Nikah. Allahu… | MALAYSIA TULAR : ‘Pelamin anganku musnah’. Demikian situasi dihadapi lelaki berstatus yatim piatu yang meraih perhatian warga maya apabila bakal pengantin perempuan membatalkan majlis perkahwinan mereka pada saat-saat akhir.

nikah

Menerusi laman sosial TikTok, lelaki dikenali sebagai Faris berkongsi impian mendirikan rumah tangga bertukar igauan gara-gara pengantin perempuan yang memutuskan hubungan tujuh hari sebelum tarikh pernikahan pada 24 Februari 2024.

“Assalamualaikum, terlebih dahulu saya memohon sejuta kemaafan kepada sahabat semua. Saya hanya mampu merancang tapi selebihnya ALLAH yang tentukan. Saya reda dengan ketentuan-NYA.

“MAJLIS AKAD NIKAH DAN BERSANDING DIJADUALKAN PADA SABTU (24/2/2024) TELAH DIBATALKAN KERANA PERMINTAAN MENGEJUT DARIPADA PENGANTIN PEREMPUAN ATAS ALASAN YANG SAYA SENDIRI TIDAK PASTI,” TITIPNYA.

 

PERKONGSIAN MENGUNDANG SEBAK

Perkongsian Faris menerima 1.3 juta tontonan sekali gus mengundang sebak warga maya.

MENERUSI FOTO YANG DIMUAT NAIK, LELAKI ITU JELAS SERIUS BERUSAHA MENGHALALKAN HUBUNGAN TERMASUK MENGIKUTI KURSUS PRA PERKAHWINAN, MENEMPAH BARANGAN HANTARAN DAN PAKAIAN DAN MENGEDARKAN KAD JEMPUTAN.

nikah
 
nikah
 
kahwin
 

MELUAH KELUKAAN, LELAKI ITU TURUT BERKONGSI BETAPA HANCURNYA PERASAAN PERKAHWINAN DIBATALKAN SEDANGKAN SEGALA DOKUMEN SUDAH SELESAI DIURUS SEORANG DIRI.

“Semuanya saya buat seorang dari A hingga Z. Anak yatim piatu yang tiada tempat untuk dirujuk dijadikan panduan.

“Hanya ada sahabat-sahabat tempat saya bertanya itu dan ini,” kongsinya.

Menerusi perkongsiannya, Faris memberi bayangan bahawa hubungan dengan bakal isteri runtuh gara-gara kehadiran lelaki lain.

“Saya bertanya banyak kali untuk mendapatkan kepastian.

“Namun siapa sangka segalanya hancur juga tujuh hari sebelum akad nikah. Allahuakbar,” luahnya.

Rasa bersalah kepada keluarga dan rakan, Faris memohon maaf atas kesulitan yang mungkin dialami susulan pembatalan perkahwinannya.

“SAYA MINTA MAAF UNTUK SAHABAT-SAHABAT YANG TELAH MEMOHON CUTI, BOOKING HOMESTAY DAN SUDAH SPONSOR MACAM-MACAM.

“Insya-ALLAH ada rezeki nanti saya ganti balik semuanya. Saya pohon maaf atas apa yang berlaku. Bukan kehendak saya namun saya reda. Ini ujian yang terlalu berat untuk saya.

“Semoga ALLAH berikan saya kekuatan untuk menghadapinya semua ini,” kongsinya menerusi satu hantaran.

 

WARGANET TITIP KATA-KATA SEMANGAT

Simpati dan pilu mengikuti kisah Faris, warganet menitipkan kata-kata semangat. Rata-rata memberikan sokongan dan cadangan, malah tidak kurang yang bersedia menjadi pengganti. Ujar mereka:

– “Kalau boleh buat saman tuntutan ganti rugi, sebabeffect mental dan physical. Sakitnya.”

– “Ruginya dia, percayalah dia sangat rugi dan dia akan menyesal. Stay strong bro.”

– “Ada perancangan ALLAH yang lebih baik yang hendak selamatkan awak daripada perkara tidak elok. Percayalah, ada yang lebih baik menanti di hadapan.”

– “Semoga terus kuat, ada hikmah semua ini. Walaupun mudah berkata-kata untuk terus kuat tapi tak mengapa. ALLAH ada.”

– “Abang, saya ada boleh ganti tempat dia. Kita bercinta lepas nikah ok.”

– “Temukanlah saya dengan lelaki seperti ini. Akan saya sambut semuanya.”

 

Jika anda nak tahu tempat percutian yang menarik boleh ke website kami : TEMPAT PERCUTIAN

 

 

Sumber: TikTok @ffaris0709

Artikel Lain